diari blogger bebas

20130511

Sekian Lama. Akhirnya.....

Salam sejahtera pembaca aku (sekiranya ada lagi) , lama sudah tidak aku sentuh blog ini. Aku rasa perasaan untuk menulis sudah berkurangan tapi aku sudah mengeluarkan zine kedua. tajuknya JASAD. Mahu melepaskan gian sebentar..



si gila ketawa,
si pencacai menjilat jubur,
si kaya bongkak,
si miskin bersyukur.


aku?
Hanya tersenyum melihat gelagat mereka,
yang pasti tidak kujumpa di atas sana, 
di syurga

20130122

ACTIVATE.

Hi, sudah lama rasanya aku tak tulis blog ni. last aku tulis 27 october 2012. 3 bulan lepas. wah lama juga. terlalu banyak benda yang aku lalui. Dari SPM sampailah laptop yang agak hancur. jadi aku tidak dapat menulis. Tergendala semuanya karya dan harapan aku untuk mengeluarkan zine pada 1 januari 2013. Harapan punah kata orang. Jadi buat masa ini, aku cuma akan tulis cerpen dalam blog aku lah. Jadi aku kembali tapi tak begitu aktif macam sebelum ni.

20121027

Sudah Lama Rasanya

Hi,

Lama sudah aku tidak membuka blog ini. Terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan dari pelajaran hinggalah diri sendiri. Aku rindu menulis. Dan aku merindui komputer riba aku. 40 muka surat hasil karya aku hilang begitu sahaja kerana terlupa untuk di backup kan di dalam thumbdrive. Bodoh, itu perkara pertama aku cakap kat depan cermin sebab tak buat backup. Apa khabar pembaca semua? Aku tahu kalian bukan begitu membaca blog ini. Semakin lama semakin pudar blog ini dan dari situ jugalah ia akan hilang dari minda pembaca.

Hidup aku sepanjang berapa bulan ini ada turun naiknya. Terima kasih kerana pencipta membenarkan aku bergembira bersama keluarga dan serigala aku. Ye, aku punyai serigala. Tetapi bukanlah binatang, ia manusia dan aku memanggilnya serigala.

Semakin hari semakin kerap aku sakit dan semakin hampir masa dengan peperiksaan, sakitnya datang bagaikan warga india nak naik tren. Sesak, banyak sangat aku kena sakit akhir-akhir ni, tak tahu kenapa. Biarlah, yang penting aku dapat menulis kembali di blog tercinta ini. Aku rindu masa aku hampir setiap hari menulis. Jadi itu saja lah pos aku kali ini. kispen akan aku siapkan nanti.


20120721

tragedi

 di dalam wayang...

"awak, kenapa dengan awak?"

"tak ada apa apa. kenapa?"

"awak nampak macam lain. awak pucat."

"saya betul tak ada apa. mungkin sejuk kot."

"betul?"

"betul. Kenapa awak risau sangat?"

"tak ada apa."

"cerita dah nak start."

si wanita bercakap sungguh perlahan, suara cerita yang ditonton menghalang perkataan wanita itu kepada teman lelakinya...

"saya mengandung,anak awak,dan saya tak hidup lama. saya......."

Selesai  wayang, si lelaki menarik tangan si wanita dan wanita itu jatuh rebah sambil mulutnya dipenuhi dengan buih.

TAMMAT