diari blogger bebas

20101011

hanya malam menemaniku:




hai pembaca-pembaca blogger bebas,mesti kalian tertanya-tanya mengapa tajuk saya sebegitu bersama gambar diatas bukan?semestinya berkaitan dengan saya.tidak pernah berkaitan dengan orang lain.jadi mari layan kerenah saya yang terakhir dan akan memulakan kembali sebagai blogger bebas yang dahulu.mari kita mula:


wahai bulan,
hanya dikaulah peneman malamku yang sunyi ini.
tiada apa-apa yang menarik perhatianku,
walaupun perasaanku terasa bahang kemerdekaan.

wahai bulan,
setiap kali diriku duduk ditepi jendela usang kesayanganku.
aku memerhatikan dirimu di luar tingkap,
membayangkan apa yang kamu lihat.
adakah kamu lihat diriku atau seluruh dunia?
barangkali jawapannya hanya ada padamu.

wahai bulan,
hanya kamu lah peneman hidupku kala talian "broadband" aku terputus-putus,
seperti wayar dicabut dari kabelnya.
sungguh tertekan perasaan ku pabila talian sering putus.

wahai malam,
dikaulah peneman diriku kala aku memerlukan,
kammu menerangi bilikku dengan cahaya mu.

wahai malam,
aku mengucapkan terima kasih kerana dari kecil hinggalah sekarang,
dirimulah peneman hidupku.
ketika aku sunyi mahupun meriah,
kamu tetap dihati.

wahai malam,
malam ini jugalah malam terakhir diriku merepek,
menulis tanpa motif,
idea datang begitu deras,
bagaikan air sungai.

wahai malam,
terima kasih aku ucapkan....



itulah blogger bebas.pabila tiada topik,saya akan merepek dan merepek hinggalah ada topik untuk dibincangkan.saya letak titik terakhir bagi merepek saya dan akan kembali berbisa.

PS:taufiq ngigau(macam mana nak eja) HAHA

6 comments:

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.