diari blogger bebas

20110824

sakit (puisi ditulis oleh saya sendiri)

Sakit,

Pedih,

Penat,

Itu semua

aku sudah rasa.


Lemah,

Tenat,

Pengsan,

Itu semua aku sudah rasa.


Semuanya aku sudah rasa,

Aku sudah biasa dengan benda itu,

Tapi satu sahaja aku tidak pernah rasa,

Iaitu kematian.


Mungkin pencipta tidak mengambil aku,

Kerana pencipta tahu aku ini punya peluang,

Dan harapan untuk menjadi insan yang baik,

Jadi pencipta bagi aku hidup untuk esok hari.


Dan aku juga tahu,

Bahawa aku akan menggadaikan,

Sebuah peluang yang orang lain jarang dapati.


Lebih baik tarik sahaja rohku dari jasad ini,

Sekiranya aku menggadaikan peluang itu,

Dan biarkan jasadku kaku di muka bumi ini.

4 comments:

  1. Allah boleh tarik nyawa manusia bila-bila masa..tidak cepat sesaat dan tidak lambat sesaat..

    ReplyDelete
  2. anonymous:iye,itu saya tahu.tapi saya buat ini puisi.fahamlah ye.memang benar atas ambil bila2 masa.tapi kena faham apa yang saya tulis ini dari sudut bahasa seni.untuk menjadikannya lebih indah :)

    ReplyDelete

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.