diari blogger bebas

20110901

selamat hari raya "Guest" yang lawa/handsome


(klik untuk tumbesaran)

pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada pembaca-pembaca saya.maafkan saya sekiranya blog saya ini mengundang ketidak puasan hati anda atau menyinggung perasaan anda.saya betul-betul tiada niat.tapi apakan daya,nama pun blogger bebas.maka bebaslah semua kata-kata saya di dalam blog ini.okay,hari ini saya menulis ada dua sebab.pertama,saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada pembaca.hari raya ketiga baru saya dapat ucap kerana sering sibuk dengan raya.kedua,sebab ada satu "guest" yang mulia hatinya.sila klik untuk tumbesaran ya.

wahai "guest" yang saya khususkan ini,kenapa anda begitu sopan?saya sedar saya ini hodoh.tapi tidak perlulah nak mengutuk saya di chatbox saya.saya tak kisah pun sebenarnya,tetapi ye la,sekurang-kurangnya nak kutuk itu letaklah URL atau Nama sekurangnya.ini tidak.pergi letak nama anda "guest".tolong lah ye.saya minta sangat-sangat kalau nak kutuk lepas ini dekat blog mana-mana.sila letak SEKURANG-KURANGNYA nama anda.boleh mereka berkenalan dengan anda yang handsome/lawa ini.saya juga yang rugi kerana tidak dapat berkenalan dengan anda.jadi selepas ini,tolonglah jangan ulangi perbuatan sebegini lagi ya.oh dan selamat hari raya aidilfitri :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.