diari blogger bebas

20111015

review: KASINO dari FIXI publication


KASINO
penulis:Saifullizan Tahir
dari:FIXI publication

salam sejahtera pembaca sekalian,maaf sekiranya sudah berapa lama tidak saya menulis di blog ini. bukanlah kata semangat untuk menulis blog sudah tiada.saya bukan jenis yang mengikuti peredaran semasa. cuma tiada masa untuk menulis. hari ini saya cuba juga untuk menjual masa saya kepada blog ini. saya takut pembaca akan marah akan saya. maaf sekali lagi ya. okay,hari ini saya mahu menulis tentang sebuah novel yang tidak berapa di ketengahkan tetapi amatlah bagus untuk dibaca. ini menunjukkan bahawa penggiat penulisan indipendent sudah boleh diterima oleh rakyat. buku ini dari FIXI,sebuah publikasi underground tidak silap. okay mari kita mulakan.

tajuknya KASINO,yaa. bila dikatakan KASINO,maka berlakulah otak-otak yang judgmental mengatakan bahawa buku ini ke kancah yang negatif. tidak semua tajuk buku akan menunjukkan isinya di dalam ye.KASINO ini sangatlah best untuk dibaca. saya baru sahaja beli selasa lepas,dan hari ini sudah setengah muka surat. novel ini sungguh menarik. tiada ayat yang di ubah untuk sedap dibaca. sekiranya ada ayat yang agak celupar,ia akan ada di dalam itu. saya nak menerangkan juga susah, sebab buku ini memang menarik minat saya.

Kepada penulis zine atau apa-apa. saya amat cadangkan buku seperti ini. serious buku ini menarik. rasanya itu sahaja lah kot.

"penulis yang berani dan benar tidak akan mengubah ayatnya kepada yang lebih boleh diterima oleh masyarakat. bagi aku,penulis seperti ini adalah benar-benar penulis tegar"

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.