diari blogger bebas

20111125

Hitam

Di detik keheningan malam,Naji duduk di satu taman melunjurkan kakinya dan melihat keajaipan malam.Dia bertanya kepada dirinya,apakah yang akan bulan buat sekiranya malam melaburkan tirainya?Dan bagaimana pula sang bapa bintang lakukan pabila si anak bulan mengaum pada waktu malam?Apakah yang mereka rasa.Tidakkah hidup mereka begitu aman damai dan sejahtera kerana tiada pergaduhan antara satu sama lain dan bekerjasama sesama sendiri.Mengapa manusia tidak boleh menjadi seperti mereka ini?Payah sangatkah untuk bekerjasama demi keamanan negara?

Rentetan hidupnya tidak sama sekali dengan matahari dan juga bulan.Hidupnya penuh dengan duka duka duri yang sangat pedih dan sangat sadis.Dia mempunyai anak lelaki bernama Amir,umurnya hanyalah 2 tahun.Amir tiada bapa kerana Naji diperkosa kerana kejelitaannya dan kehidupannya yang sangat bebas.Dia diperkosa oleh sekumpulan remaja lelaki yang rakus dan menagih seks.Dia kenal sama mereka,dia tahu perangai mereka apabila sudah menagih seks,wanita tua pun mereka sanggup memperkosa.Betapa binatangnya orang bila perangai sudah menjadi semakin buas,liar dan juga rakus.Dia melahirkan Amir ketika umurnya 16 tahun.Pada mulanya orang tidak menerima Naji.Naji dipandang hina,dicaci dan dibuang keluarga akibat malu dengan anak luar nikah Naji.Salahkah Naji jika ini bukan kerelaannya?Salahkah dirinya?Dia hanya menitiskan air mata duka bila mengenangkan bibit-bibit hitamnya yang merosakkan segala masa hadapannya.

“Naji,boleh aku duduk sebelah kau?” suara seorang sahabatnya mengejutkan Naji.

“eh Han,duduklah.” Kata Naji kepada sahabatnya yang bernama Han.

Han melihat Naji baring melunjurkan kakinya di taman membuatkan dirinya juga mahu melebarkan badan dan ikut baring bersama Naji dan melihat bintang-bintang kegembiraan bermain di awan nano sana.Han merenung kepada satu bintang dan memulakan perbualan dengan Naji

“Naji,anak kau macam mana?”

“Anak aku?Anak aku baik je.Dia sekarang dah pandai bercakap dengan aku.”

“Dia dah pandai cakap dah?Dia ada tanya tak mana bapa dia?”

“HAN!Kau jangan cakap pasal ini boleh?!Aku dah kata berapa kali dah,aku tak suka soalan yang buat aku rasa nak bunuh mereka!Mereka rosakkan aku.MEREKA HANCURKAN AKU!”

“Maaf Naji,aku tiada niat nak ungkit balik,tapi dia ada tanya tak?”

“Ada,tapi aku tak tahu nak cakap apa dekat dia.Aku Cuma cakap ayah dia sibuk” Naji menangis sambil menutup muka.

Han yang rasa serba salah mengajukan soalan itu terus melihat Naji dan cuba sedaya upaya untuk memujuknya supaya berhenti menangis.

“Naji,maafkanlah aku.Aku tiada niat pun nak buat kau menangis” kata Han kepada Naji

“tak apalah Han,aku tahu aku ini hina,jijik dan kotor!”

“Naji,aku tak kata kau macam itu pun.Ini semua bukan kehendak kau.”

“Tapi kenapa semua orang taknak terima aku seadanya?aku ini bukanlah pelacuran yang menjual harga diri aku.Aku ada maruah aku.”

“Aku tahu.Tapi kau nak orang berhentikan kata-kata bangang dia tidak?”tanya Han kepada Naji.

“Aku nak,tapi macam mana?Mulut orang tidak boleh ditutup Han.Mulut celupar mereka semua ini.”

“Aku tahu,tapi harap kau tak terkejut dengan cara inilah Naji.” Katanya Han menimbulkan kerungsingan Naji.

“Apa dia?” jawab ringkas seorang mangsa perkosa.

“Kau makan ubat banyak-banyak.Anak kau biar aku jaga.” kata Han dengan begitu tenang tanpa rasa kejam dan bersalah.

Bagi Han,segala bibit hitam,pasti ada penyelasaiannya yang sangat mudah,iaitu membuat sendiri malaikat maut dari tali atau apa sahaja yang boleh dibuat.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.