diari blogger bebas

20111223

Mak, Mommy , Ibu , Bonda

Tidak perlu harta benda,
Tidak perlu wang ringgit,
Kerna itu semua celaka,
Yang mendatangkan perasaan perit.

Aku tidak memerlukan wang,
Aku tidak memerlukan kuncu,
Yang aku perlukan kasih sayang,
dari seorang bernama ibu.


Ibu,
sekiranya aku pergi meninggalkan mu,
janganlah sedikit menitiskan airmatamu,
kerna itu akan membuat ku menderita,
melihatmu dari atas.

Ibu,
andai aku pergi meninggalkan dunia,
lebih awal dari mu,
aku mengharap agar kamu tahu,
bahawa aku sayang kamu.

Ibu,
sesungguhnya syurga di bawah tapak kaki ibu,
aku ingin memohon maaf sekiranya,
aku pergi meninggalkan mu untuk selamanya itu buat dirimu derita.

Ibu,
Tidak kisah sejauh mana aku pergi,
hidup atau mati,
aku akan mengenang jasa ibuku.

Ibu,
andai kamu membaca ini,
aku mengharap sekiranya aku sudah tiada,
janganlah dibuka lagi post ini,
kerana ini mungkin kata-kataku,
untuk menunjukkan kasih sayang ku kepada mu.

P/S: this is for mak and mommy :')

2 comments:

  1. Sajaknya dalem, ni >.<
    Happy Mother's Day ^^..

    Di Malaysia hari Ibu tanggal brapa, ya??
    Klo di Indonesia tanggal 22 :)

    ReplyDelete
  2. happy fibi ananda: salam dari malaysia. 22 ya? rasanya sama juga di malaysia. :)

    ReplyDelete

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.