diari blogger bebas

20120106

2011,2012


2011

2011 adalah tarikh yang aku paling suka. segala suka duka aku di situ. Dimana disitulah bermulanya segala kisah hidup aku yang makin lama makin matang dan membosankan. Ya, aku akui bahawa zaman kanak-kanak adalah paling meriah. tapi itu memori yang akan terpahat di suatu sudut hatiku. aku berasakan bahawa 2011 adalah tahun aku. Aku jumpa tahun itu. Kisah aku di 2011 tidaklah seperti kisah manusia lain. Di tahun ini aku belajar erti kebebasan, kejatuhan dan semangat yang baru. 2011 jugalah aku aktif dengan pelbagai acara dari sukan hinggalah ke multimedia. 2011 ini aku dapat lihat mana lawan, mana kawan dan mana kawan di luar, hati macam sial.Ya, aku laluinya zaman 2011. Sial orang itu, siallah aku kerana percaya kata-katanya.Malas nak diulaskan lebih lanjut.

2012

Ya, aku rasa masih awal mahu mengkritik tahun ini. Tahun ini adalah tahun terakhir aku di sekolah, menjadi seorang bekas pelajar adalah sesuatu yang aku impikan. Tidak dinafikan bahawa semua pelajar mahu habis sekolah secepat mungkin. Aku juga begitu. Tahun ini aku menduduki SPM, tekanan sudah aku rasai. Dari keluarga hinggalah guru-guru. Aku tidak mahu menghampakan mereka, tapi dalam pada masa yang sama aku mahu keluar dari sekolah secepat mungkin, aku mahu hidup seperti rakan rakan yang lain. Tetapi dalam keghairahan aku mahu keluar dari sekolah, jauh benak hatiku ingin mengatakan "aku mahukan kebebasan yang kekal abadi" , aku terfikir, "adakah selepas ini akan berjumpa rakan rakan,guru guru?". AH! itu semua sedang berlari mengelilingi otak aku. Mungkin benar kata orang yang bila kita habis sekolah, kita nak sekolah. Aku pun tidak tahu apa yang aku fikirkan sekarang ini, yang aku tahu hanyalah SPM, SPM dan ASS PEE EMM.

secara keseluruhannya, hidup aku sepanjang 17 tahun dikurnai rezeki yang berlimpah dan akal fikiran untuk berfikir dengan matang. aku bersyukur kepada pencipta. Dalam duka mesti ada kegembiraan. dalam celaka pasti ada sesuatu yang indah.

PS: sial kepada kawan yang luarnya kawan tapi dalam macam sial.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.