diari blogger bebas

20120402

Earth Hour dikatakan Konspirasi Yahudi? Hmm


Assalamualaikum. Salam sejahtera pembaca kesayangan aku. Pada hari sabtu, tarikh 31 mac 2012 adalah hari Earth Hour iaitu menutup lampu selama 1 jam. Ia menunjukkan yang kita boleh mengurangkan suhu dunia dalam masa 1 jam sahaja. Ia sering dilakukan setiap tahun, Ye SETIAP TAHUN. Okay mari kita terus mulakan.

Aku menyambut Earth Hour ni, masa EH tu, aku kat mr.kombi dekat Johor. Lepak dan buat tanda sokongan terhadap aktiviti ni la. Tapi semasa aku membaca susur masa atau nak bahasa inggeris sangat Timeline, aku terbaca kawan aku retweet satu tweet ni. dia macam ni bunyinya.

"Earth Hour kenapa buat 830 malam? Ini semua cara halus Yahudi nak jatuhkan Islam. Solat waktu gelap kan makruh"

OHHHH YEAH?! Aku tergelak membaca tweet tu. Pertama sekali, yeay si pandai buat lagi isu konon kaitan yahudi nak jatuhkan Islam. Aku tak tahu sama ada nak gelak atau nak cakap dia bangang.

Kau tak boleh nak semua benda kaitkan dengan yahudi konon nak jatuhkan Islam la. Memang aku akui dia bangsa yang penuh hasat dengki. Tapi EH ni benda baik kot. Kau kalau dunia panas kau merungut kata panas la. Ni bila dah buat, kau kata konspirasi yahudi nak jatuhkan Islam dengan cara halus. Kau ni kenapa? Lepastu jangan tunjukkan kepandaian kau tu dengan nak sikit sikit kaitkan dengan Islam. Kau nak solat, kau buka lampu. Lagipun Isya setiap tahun 830 malam ke? tak kan? itu cadangan aku lah sebab EH ni bukannya satu dunia elektrik kena potong. Ye tak?

Kepada yang tweet benda tu, aku harapkan kau janganlah "pandai" sangat dan tolonglah buka minda kau besar besar dan jangan malukan nama Islam. tolonglah. Aku bengang kekadang. Tolong ye. malas aku nak cakap banyak. penat ni.

MOHAMAD AMIR ARIFF BIN ABDUL SHUKUR
(PENULIS DAN TUAN PUNYA BLOG)

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.