diari blogger bebas

20120515

ZIE

Zie, Ye nama yang sungguh sedap. Aku dengar setiapa pertuturan manusia tentang Zie. Aku mendengar membuatkan aku jatuh hati padanya. Entah kenapa namanya begitu indah bagaikan merpati. Aku mengikut belakangnya memerhati dari jauh apa yang dilakukan oleh Zie.

Pada suatu malam, aku perhatikan dia sahaja, kemana dia bergerak, langkah itu akan aku jilat. Tak kira lah ke dalam tandas sekalipun. Dibalingnya kasut oleh pengunjung tandas itu kepada aku, katanya aku pervert. Peduli apa aku, yang penting langkah Zie aku tak mahu ketinggalan. Tapi malangnya, semasa aku di baling kasut. Langkah Zie hilang begitu sahaja. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku perlu mencari langkahnya tetapi tidak jumpa. Aku terus mencuba sehinggalah di satu tahap aku sangat gembira kerana telah menjumpai langkah yang hilang itu. Aku terus membontoti Zie. Ah hidup sungguh gembira apabila dapat membontoti Zie. Aku memberanikan diri menegurnya. Aku berkata ni.

"Hai, Zie saya dah lama perhatikan awak. Saya dah hilang langkah awak tetapi telah jumpa balik. hehe"

Dan seperti yang aku jangka, dia menoleh. Hati runtuh ke kaki dan bagaikan diri taktahu nak bergerak kemana kerana bila dia pusing. rupanya ZIENADIN ZIDANE . Botak kepalanya. Rupanya selama aku hilang langkahnya. Kepalanya makin botak. Dan Zie pujaan hatiku itu hanyalah khayalan semasa mengejar Zienadin Zidane kerana aku tahu aku takkan dapat kejar mana mana wanita. Mereka adalah kaum yang sangat misteri.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.