diari blogger bebas

20120702

Abdul Halim Mohamad




Tanggal 1 Jun 2012, pukul 6.45 Pagi. aku(blogger bebas) kehilangan seorang lagi ahli keluarga aku iaitu bapa saudara ku bernama Abdul Halim Bin Mohamad. Aku merasakan kehilangannya kerana dia salah satu ahli keluarga aku yang aku rapat. Semasa aku mendapat berita, aku keliru, adakah ia realiti atau hanya mainan roh aku dengan syaitan. Barangkali ianya realiti. Aku tidak dapat menahan sebak mendengar berita ini. Ye, aku akui aku sangat sedih dan aku rasa kalian sendiri pernah alaminya bukan. Jadi, pos ini aku dedikasikan untuk beliau yang berada di atas sana bersama dengan-Nya . Semoga gembira di atas sana, senyumlah semasa kami meneruskan perjalanan hidup ini cik alim.

Aku sedar,
aku bukanlah tuhan yang mampu menghalang,
malaikat maut untuk mengambilmu,

Aku sedar,
kamu juga tidak sangka kamu akan meninggalkan kami,
yang masih memerlukanmu.

Aku sedar,
Kamu tidak ingin meninggalkan anak kecil kamu,
mereka memerlukan lagi kasih sayangmu.

Aku sedar,
Kamu pergi dengan senyuman ikhlas,
pergi dengan relanya,
Pergi ke syurga yang pintunya terbuka luas untukmu.

Aku sedar,
aku tidak mahu kehilanganmu,
Kami tidak mahu kehilanganmu,
tapi apakan daya,
tuhan lebih sayangkanmu.

Aku sedar,
Nanti suatu hari,
kami akan jumpa kamu,
di atas sana.

Aku sedar,
kamu sayangkan kami.


Cik halim .

Mohamad Amir Ariff Bin Abdul Shukur
(Blogger Bebas)


2 comments:

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.