diari blogger bebas

20121027

Sudah Lama Rasanya

Hi,

Lama sudah aku tidak membuka blog ini. Terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan dari pelajaran hinggalah diri sendiri. Aku rindu menulis. Dan aku merindui komputer riba aku. 40 muka surat hasil karya aku hilang begitu sahaja kerana terlupa untuk di backup kan di dalam thumbdrive. Bodoh, itu perkara pertama aku cakap kat depan cermin sebab tak buat backup. Apa khabar pembaca semua? Aku tahu kalian bukan begitu membaca blog ini. Semakin lama semakin pudar blog ini dan dari situ jugalah ia akan hilang dari minda pembaca.

Hidup aku sepanjang berapa bulan ini ada turun naiknya. Terima kasih kerana pencipta membenarkan aku bergembira bersama keluarga dan serigala aku. Ye, aku punyai serigala. Tetapi bukanlah binatang, ia manusia dan aku memanggilnya serigala.

Semakin hari semakin kerap aku sakit dan semakin hampir masa dengan peperiksaan, sakitnya datang bagaikan warga india nak naik tren. Sesak, banyak sangat aku kena sakit akhir-akhir ni, tak tahu kenapa. Biarlah, yang penting aku dapat menulis kembali di blog tercinta ini. Aku rindu masa aku hampir setiap hari menulis. Jadi itu saja lah pos aku kali ini. kispen akan aku siapkan nanti.


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.