diari blogger bebas

20100729

sunyi....




hai pembaca-pembaca sekalian,apa yang anda nampak di dalam gambar di atas?anda mesti nampak kerusi dan pemandangan di belakang bukan?diriku seperti kerusi itu,diriku seakan tidak bermakna hari ini.aku sedar hari ini adalah hari paling bosan buat diriku.mari kita layan hasil blogger tong sampah ini.

saat ku duduk bersendirian di kedai cikong,
aku terasa amat sunyi.
hari yang kulalui pada hari ini sungguh membosankan,
tanpa sahabat disisiku.
tetapi aku lalui dengan tenang dan sabar,
mungkin mereka sedang bergembira di rumah,
atau hanya fikiranku?
ku duduk seorang diri di kedai cikong,
dikelilingi oleh pelbagai ragam manusia,
tetapi mereka semua bersama rakan.
Aku?
aku hanya duduk seorang diri melihat mereka sedang ketawa,
dan aku hanya tersengih kesunyian.
benar kata orang,tanpa sahabat,kita sunyi,
tanpa sahabat,kita bosan.
tetapi adakah mereka fikir tentang keadaanku yang sunyi?
mungkin tidak...
tetapi aku tahu bahawa mereka semua gembira.
aku selalu menyimpan kesunyian ku dengan gelak tawaku sendiri,
tapi hati siapa yang tahu melainkan diriku sendiri.
dan aku tahu juga yang mereka sentiasa sibuk,
jadi aku tidak mahu menganggu mereka.
aku hanya tumpang kegembiraan mereka,
bila mereka perlukan ku,
mereka jumpa aku,
jika tidak,mereka tinggalkan aku seperti kerusi di atas.
yaa,aku hanyalah seorang kawan yang sunyi.
aku lebih rela melihat mereka gembira dari mereka melihat aku sedih.
supaya mereka sentiasa senyum.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.