diari blogger bebas

20100728

HAPPY BIRTHDAY KAWANKU:



hai pembaca..ahh,still gambar lama.sebenarnya saya ada banyak gambar haziq tadi semasa hari jadi dia.tapi hilang.gila punya laptop blogger and camera blogger.rasa bersalah yang teramat ini.ok..hari ini pada 28/07/2010,dia telah menjadi 17 tahun.sungguh besar umur dia.haziq,HAPPY BIRTHDAY.dia telah pulih sepenuhnya dari kemalangan.yeay,haziq kuat!and bila saya tiba di KFC,saya bersalam dengan dia dan dia tanya,"kau salman eh?" .saya hanya ketawa dan duduk..dia tidak berubah seperti dahulu..dia masih haziq dimata saya.dia masih haziq di kalangan rakan dia.

haziq,
walaupun aku tidak berapa mengenalimu,
tetapi aku rasa bagaikan aku sudah mengenalimu selama aku hidup.
haziq,
dalam setahun aku mengenalimu,
aku ketawa and terharu melihat kau.
ada kala masanya kau buat aku terasa bengang,
tapi kau selalu buat aku happy dengan lawak jenaka kau.
haziq,
dalam masa setahun jugalah kita telah menjadi kawan.
dalam masa setahun lah aku kenal engkau.
haziq,
masa pertama kali aku berjumpa dengan kau,
kau gelar diri kau "MICHAEL JACKSON"
tarian kau buat aku ketawa.
dan di myspace,pertama kali aku add kau,
kau cakap,"ingat lagi kau dengan abang michael parkson ek?"
aku tergelak.
haziq,kaulah penyeri kepada hari kami semua,
tanpa kau di kumpulan kami,kami berasa sunyi.
haziq,
HAPPY BIRTHDAY aku ucapkan kepada kau,kawan..

harap salah silap aku diampun.. :D .baliklah sekolah cepat weh!!

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.