diari blogger bebas

20100917

sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat melihat bangsaku dijajah:

hai pembaca2,hari ini saya nak menyedarkan bangsa-bangsa melayu..mari kita mulakan.

aku lihat layu dalam melayu,
aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak,
ada juga bercadang bertanya tuan punya,
tapi bercampur risau dengan tak tergamak,
nanti dikata tak bersyukur,dikata tak sedar diri,
jadi aku menyendiri,memerhati dan akhirnya mengakui,
yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan,
dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri.

aku lihat layu dalam melayu,
tanah air kita yang punya,
kita siram kita baja tapi angin api kita lupa,
mereka merancang masa menjilat bangsa,
13 harimau bertukar menjadi mangsa,
kita lupa nenek moyang kaya-raya,
jangan sekali-kali digadai harta bendanya

kulihat layu dalam melayu

takkan melayu hilang didunia,
ya...tapi apa guna tidak hilang didunia,
kalau kewujudan tidak dirasa,petah berbahasa kudrat x berjasa,
orang berbudi kita hanya tahu merasa,
selalu lari bila dirapat,
selalu malu bila soalan diaju

selalu segan memberi pendapat,
rela mengikut dari meneraju,
belum nyanyi sudah bersorak,
suka berjanji dalam borak,
bukan kata tak ada otak,
cuma tak berfikir diluar kotak

ku lihat layu dalam melayu

aku jadi sayu,
bunga menangis dia mendayu,
mahu jadi cantik tapi ragu,
aku merayu,
bangunlah semula hidup kembali,
jangan tunggu matahari mati,
cepatlah mekar sebelum terlerai

PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI!!

perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya

JADI BANGSAKU,SEDARLAH SEMUA.saya berbangsa melayu dan saya bangga jadi bangsa melayu..dan saya rakyat malaysia yang sayang akan malaysia.

jadi lah orang malaysia kalau lahir kat malaysia,jangan nak berangan jadi orang korea "brother".suka korea tak apa,tak kesah pun.tapi kalau sampai tak mengaku rakyat malaysia,dah BODOH da kawan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.