diari blogger bebas

20101220

kerana perasaan.kau binasa:

salam pembaca.setelah saya sudah lama tiada membuat cerita-cerita pendek.saya akan buat juga.filem pendek tiada lagi.tetapi cerita berlatarkan huruf ada lah.mari kita mulakan




dua gambar di atas menunjukkan betapa sunyinya suasana.seperti biasa.ini semua kalian kena hayati betul-betul.mari kita mulakan

diriku hanyalah seorang remaja biasa.tiada yang istimewa.perasaan ku diselubungi oleh kesunyian yang tiada makna.aku hanya duduk di bilik keseorangan dan memikirkan mengapa aku jadi begini?kawanku semakin membenciku.hidup seperti kotak kosong yang hanya ditunggu untuk dibuang oleh masyarakat.

aku menjadi begini semenjak 2 hari lepas.hati aku tidak tenteram.perasaanku juga tidak stabil.aku seperti dirasuk oleh bayang-bayang kegelapan untuk menjadikan aku sebagai medium bagi mereka melepaskan angin mereka kepada manusia.aku marahkan kawan-kawanku.yaa,hidup aku memang seperti dirasuk bayang-bayang kegelapan yang hanya tahu menengking kepada manusia.

kerana ikutkan perasaan,aku kehilangan semua yang aku ada dahulu.
kawan,sahabat dan rakan.
memang rasanya sungguh berbisa bagi sesetengah sahabatku.tetapi aku tidak dapat menghalangnya kerana perasaanku ini sangat-sangat bercelaru.tambahan dengan keputusan PMR akan keluar tidak lama lagi.makin bertambah celaru otak aku dibuatnya.mungkin yang sudah lama mengenaliku akan hanya tersenyum dan menasihati mereka yang baru mengenaliku.

bila difikirkan kembali,memang benar kata-kata sahabat paling baikku.aku seperti mahu mengada-ngada walhal itu semua tidak benar.tetapi apa yang dia cakap menyedarkan aku dari rasukan bayang-bayang gelap ini.bayang-bayang kegelapan sudah tidak menyelubungi aku tetapi perasaan aku ingin menghentam orang masih ada.aku tidak tahu mengapa.adakah ini kerana mindaku sangat-sangat lemah atau aku ikutkan perasaan?

semua ini masih lagi bermain di dalam mindaku walaupun ada sesetengah sudah dapat dijawab sendiri olehku.aku rasa menyesal tetapi ini sahaja yang aku mampu buat.terduduk dan memikirkan mengapa aku menjadi begini.menjadi seorang yang sangat-sangat LOW-MINDED

rasanya itu sahajalah yang ingin aku ceritakan.aku rasa semua ini kerana ikutkan perasaan yang sangat-sangat tidak stabil.

MAAFKAN AKU KALIAN.AKU RASA SUNGGUH BODOH.


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.