diari blogger bebas

20101222

monolog di pentas ini:

hai pembaca-pembaca sekalian.setelah 2-3 hari ini saya asyik menulis benda yang tiada kaitan dengan isu semasa kerana saya mahu layan hati saya yang gundah gulana kerana masalah sendiri.jadi tanpa berlengah panjang,kita mulakan.sebelum itu,kalau sudah menyampah sangat dengan saya,jangan baca ok.okay,mari masuk ke dunia saya.



(monolog,persembahan teater menggunakan hanya diri anda)

gambar di atas ada kaitan dengan kisahku,
tajuk juga ada kaitan.
diriku seperti bermonolog sendiri kerana segalanya aku ceritakan kepada kalian.
diriku,diriku dan juga diriku.
tiada orang lain selain diriku.
itulah sebabnya aku berkata bahawa aku sedang bermonolog.
harap segala monolog aku ini sampai ke kalbu kalian.

aku bermonolog bukanlah atas dasar main-main.
aku bermonolog kerana aku ingin cuba rasanya bermonolog.
tetapi bukan di hadapan kalian,tetapi di pentas jejari ku.
kerana aku belum sampai ketahap monolog dipentas.

aku monolog supaya sahabat paling karibku baca,
tiada lebih aku mahukan.

aku rasa sudah cukup diriku terseksa,
tetapi aku tahu bahawa mereka lagi terseksa.
CUKUP,CUKUP!
sudahlah,hidupku cukup menderita kerana perbalahan ini!
aku tidak sanggup menempuh semua ini.
aku hanya mahu semua ini berakhir.

tetapi aku rasa perbalahan ini akan berterusan sekiranya tiada yang mengaku kesalahan.
seperti aku,memang aku mengaku kesalahan aku.
CUKUP!
aku tidak sanggup lagi.
aku seperti mahu sahaja pembunuh mencabut nyawaku dihadapan kalian.
atau biarkan aku dimakan oleh anjing-anjing liar kelaparan.
ADAKAH ITU YANG KALIAN MAHUKAN?!
aku rasa ya,kerana akulah pencetus kemarahan kalian.

CUKUP!
aku tidak mahu mendengar kata sesiapa lagi.
kerana aku akan bergerak sendirian mencari hala tujuku.
mencari hala tuju yang tiada penghujungnya.

aku hanya mahukan kalian rasa bagaimana aku rasa,
rasanya seperti dilenyek hidup-hidup oleh treler,
bila kita kehilangan seorang sahabat.
AKU HANYA MAHUKAN KALIAN RASA!
itu sahaja.tiada yang lebih.

CUKUP,CUKUP!
aku tidak mahu semua ini menyelubungi aku.
CUKUP SAHABAT!
aku sudah cukup menderita!

PS:balik-balik pukul 2.30 pagi.nak bermonolog.memanglah tergantung

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.