diari blogger bebas

20110105

bila pelajar sekolah telah berani menulis tentang guru:

hai pembaca-pembaca.sudah lama bukan saya tidak menulis tentang isu semasa.hari ini saya mahu menulis tetapi bukan isu semasa,tetapi menjadi isu hangat di sekolah saya.nama sekolah dirahsiakan kerana saya tidak mahu mencemarkan nama baik sekolah saya.begitu juga pelajar sekolah yang sayang akan sekolah kalian bukan?tetapi masih ada yang masih benci terhadap sekolah.saya tidak tahu mengapa.saya mendengar isu ini semasa pengetua memberi ucapan di dataran sekolah.saya terkejut kerana ada murid yang sudah berani menulis tentang guru mereka.tulis di laman sesawang facebook,adakah facebook ini satu tempat untuk melepaskan geram?kenapa tidak buat sahaja blog?pelajar yang tulis perkara buruk tentang guru sendiri seperti menulis benda buruk tentang ibu bapa kamu sendiri.kerana tidak ditempatkan di kelas yang dia mahu,mahu menulis benda buruk tentang guru itu?saya juga tidak berpuas hati tetapi bila sudah dapat kelas,apa nak buat,terima sahaja lah.saya tahu bukan semua pelajar suka berada di kelas yang mereka tidak mahukan,tetapi sekurangnya mereka terima dan lebih kagum lagi tidak pun tulis di laman sesawang facebook.jangan bertindak BODOH lah kawan,ini semmua lumrah pelajar lah.tidak perlu dihebohkan di facebook.siapa pelajar sekolah saya kalian semua mesti dengar ucapan pengetua bukan?jadi saya letak titik noktah disini

PS:pelik sungguh ada pelajar yang macam ini.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.