diari blogger bebas

20110122

hentikan penjajahan minda:

yaa,hari ini aku sudah mendapat idea untuk menulis sesuatu untuk blog ini.semuanya bermula apabila aku bangun tidur dan terus ke tandas.topik ini akan ku tujukan kepada sesiapa yang rasa dirinya seorang MELAYU.aku semakin hari semakin rasa yang bangsa MELAYU akan dipinggirkan di tanah air sendiri.aku rasa melayu sudah kalah dengan penjajahan minda yang sangat-sangat lembut dari segi penjajahannya.aku rasa bukan aku sahaja yang rasa.mungkin orang yang rasa diri mereka melayu juga akan rasa.dahulunya,ayat Hang Tuah sangat megah di serata tanah melayu.TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA,itu dahulu.dahulu Melayu memang amat digeruni di seantero dunia.tetapi sekarang sebaliknya telah berlaku.sekarang ayat Hang Tuah tiada guna lagi walaupun itu adalah tanda semangat bangsa melayu kita.

TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA

ayat itu sangat lali aku dengar.itu sudah tidak bermakna lagi kerana ramai bangsa Melayu makin tunduk kepada penjajahan minda orang-orang yang dikategorikan sebagai mahu menjatuhkan melayu.ayat itu aku rasa bukan sahaja tidak dikenali anak-anak muda melayu,malah 10 abad akan datang ayat itu sudah tiada di halwa telinga mereka dan juga Sejarah.makin lama ayat itu bertukar kepada

MELAYU AKAN HILANG DIDUNIA

kerana ada segelintir melayu yang sanggup menjatuhkan bangsanya sendiri untuk kemewahan.melayu sangat lemah untuk melawan penjajahan minda ini,melayu sangat-sangatlah lemah untuk menaikkan balik kata-kata Hang Tuah itu.melayu memang tidak akan menang sekiranya ada duri di dalam badan.kita harus perjuangkan bangsa melayu ini dan bersatu untuk mengukuhkan lagi kata-kata Hang Tuah bahawa Melayu Takkan Hilang Di Dunia.kita harus melawan penjajahan minda ini dengan penuh perasaan dan bukan hanya mengikut BONTOT mereka yang mahu menjatuhkan melayu.Perdana Menteri kita sendiri telah memperkenalkan 1MALAYSIA.semua kaum bersatu.itu satu idea yang bernas tetapi kenapa tidak semua Melayu menyokong 1MALAYSIA?kerana mereka sudah dijajah mindanya supaya jangan bersatu dengan melayu sendiri.saya sungguh kecewa melihat melayu makin ditindas,diperbodohkan malah agama juga diperlekehkan.

sedarlah wahai melayu sekalian,saya tidak mahu generasi akan datang tidak mengenal erti melayu.janganlah berpecah belah lagi.jadi saya letak titik noktah

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.