diari blogger bebas

20110201

dunia tidak akan sama bila kamu tiada:

hai pembaca-pembaca.hari ini saya hendak menulis post khas.

dunia sudah tidak sama bila kau tiada,
dunia tidak akan tersenyum bila kau tiada,
diriku terasa sunyi.
air mata bederai menulis post ini.
aku mengenangkan kau di atas sana.

aku tahu kau gembira diatas sana,
tetapi kau harus ingat kami dibawah ini sangat merinduimu.
ceritamu masih disiarkan di kaca televisyen.
lawak mu masih aku gelak walaupun berulang kali aku menontonnya.
tidak sebahagian hatiku berkata "membosankan"
kerana kau adalah pelawak sejati.

kau tinggalkan aziz satar seorang diri,
kau tinggalkan sebahagian dirikau untuk kami,
bila aku melihat aziz satar,
aku terasa sayu kerana dahulunya rakannya ramai,
sekarang hanya dia sahaja yang sihat.
aziz satar kehilangan
ibrahim pendek,kau wahai P.Ramlee dan lain lain lagi.

bila aku dengar luahan hati aziz satar di kaca television,
hati aku terguris sedikit,
mengapa kau tinggalkan sahabat kau iaitu aziz satar?
aziz satar dan industri tanah air perlukan kau sekarang.
aku menitiskan air mata bila mengenangkan perasaan aziz satar.
aziz satar adalah sebahagian hidupkau.

wahai P.Ramlee,sekiranya kau masih hidup.
sudah tentu dunia seni lawak akan lagi ceria.
dengan kehadiran rakan kau,
aku pasti Malaysia akan sentiasa ketawa.

sekarang pelapis kau,aziz satar dan pelawak lain,
sudah ada,iaitu johan dan zizan.
tetapi aku harus mengaku bahawa mereka belum lagi menewaskan kau.
kau lah segalanya dalam dunia seni tanah air.
kaulah

P.RAMLEE



No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.