diari blogger bebas

20110201

keselamatan pelajar malaysia di mesir dalam bahaya:


hai pembaca-pembaca.saya rasa kalian sendiri tahu apa yang akan saya tulis.ini semua berkaitan rusuhan di mesir.mari kita mulakan.

keselamatan pelajar malaysia di mesir dalam keadaan "bagai telur di hujung tanduk" kerana keselamatan mereka diancam oleh perusuh-perusuh tegar yang suka menimbulkan kekecohan.kenapa rusuhan ini berlaku saya rasa kalian juga tahu.mereka terkandas di mesir akibat kekecohan yang sangat luar biasa ini.mereka terkandas dengan bekalan yang sangat sedikit dan semua bekalan elektrik mahupun internet disekat.mereka terputus hubungan dengan duta malaysia.saya sudah pasti mereka dalam keadaan yang sangat takut dan risau.berita yang kalian terima juga mengatakan bahawa banduan-banduan di penjara sudah "ter"bebas dengan tidak sengaja.ini menambahkan lagi kerunsingan pelajar.ahli keluarga pelajar juga dalam keadaan yang kecut perut.mereka telah menghantar email supaya anak-anak mereka dibawa pulang ke Malaysia,tetapi tidak dapat dilakukan kerana lapangan terbang juga terkandas.faktor dari persepsi saya ialah bahawa kedutaan Malaysia tidak dapat laksanakan misi membawa pulang pelajar Malaysia kerana faktor tiket penerbangan.sekiranya harga tiket diturunkan,sudah pasti misi ini akan dapat dilaksanakan.itu dari persepsi fikiran saya.tetapi ahli keluarga mana yang tidak risau anaknya dalam bahaya bukan?harap kerajaan Malaysia cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka walaupun keadaan ini masih digelar "DEFCON3" dan belum mencapai tahap paling bahaya iaitu "DEFCON1" .seperti kata aliahhanim ,sediakan payung sebelum hujan.harap usaha kerajaan Malaysia ingin menyelamatkan anak-anak jati Malaysia dapat dilaksanakan.dan berita yang lebih menakutkan dikatakan pelajar wanita ada yang dirogol.ini sangat menakutkan dan harap mereka disana berjalan dalam kelompok terutama wanita.jadi saya letak titik noktah ini dengan di iringi doa untuk mereka.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.