diari blogger bebas

20110203

hancurlah industri seni tanah air kita kalau macam ini



hai pembaca-pembaca yang saya hormati.okay,kalau anda lihat gambar di atas ini,anda mesti tahu bukan apa yang akan saya tulis.ye la,siapa tidak tahu akademi fantasia,saya ini bukanlah peminat rancangan ini,tapi saya ambil tahu lah juga.sebelum itu,selamat menyambut tahun baru cina kepada semua yang berbangsa cina di malaysia.okay mari kita mulakan.

okay,akademi fantasia,sungguh gah di Malaysia.bila cakap rancangan ini.ha,mulalah semua potpet sana sini.kira ini "american idol" tapi versi Malaysia lah.tapi saya dengar cerita yang tidak enak untuk musim tahun ini.mereka mengabarkan bahawa pengetua kali ini adalah ahmad dhani.beliau bukan rakyat Malaysia,dan juga bukan mengharumkan nama Malaysia,jadi kenapa memilih beliau?apa kes?ini adalah faktor besar yang boleh menjatuhkan industri tanah air kita.macam di Malaysia tidak ada artis berkaliber dan juga komposer berkaliber sedangkan Ramli M.S sungguh berbakat,M.Nasir dan ramai lagi.kenapa astro perlu membuat seperti ini.ia boleh menjatuhkan martabat seni tanah air kita.kata mahu memartabatkan industri seni tetapi apa yang dilakukan sebaliknya.mengapa astro?harap ini hanya khabar angin kerana sekiranya berlaku betul,memang astro memusnahkan industri muzik tanah air kita dengan jelas sekali.jadi saya tulis ini bukan mahu mengkritik tetapi buatlah perkara yang sewajarnya kerana industri seni kita tidak akan mati sekiranya kita sentiasa menggunakan rakyat Malaysia sendiri untuk memajukan industri ini.

SEKIAN TERIMA KASIH DENGAN IKHLAS UNTUK KALIAN

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.