diari blogger bebas

20110204

idea keluar begitu sahaja

kenapa kau biarkan aku begini?
malam-malam kau duduk sendirian,
aku datang kau lari,
aku kasihankan kau kehausan.
aku datang untuk bagi kau minuman.
tapi kau lari.

kalau lari 2 kaki dari aku tidak apa,
tapi kau lari terus menghilangkan diri.
esok pagi kau datang kembali kerumah aku
dengan keadaan yang sangat sedih.
aku dekat sahaja kau lari.
apa kena dengan kau ini?
orang nak tolong kau lari.
lari jauh lagi.
aku kejar.

bila aku kejar,
kau sangat pantas sampai hilang.
aku penat dengan kau.
aku tunggu kau datang.
malam kau datang.
tetap dengan muka haus kau tu.

aku cuba sedaya upaya untuk menghampiri kau,
perlahankan gerak aku untuk berada dekat dengan kau.
dan...............




TAP!
akhirnya aku dapat bunuh nyamuk aedes ni.AKHIRNYA.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.