diari blogger bebas

20110219

tribute to sudirman haji arshad


sudirman,
nama yang cukup megah di serata dunia.
bila kita dengar sahaja nama beliau,lirik-liriknya datang menembak ke arah otak kita dan
secara spontannya kita boleh hafal liriknya.
dia seorang peguam dan juga penyanyi dan saya rasa seniman paling berjaya dan bagus adalah beliau.beliau peguam dan juga penyanyi,adakalanya berlakon.
tidak semua artis berasal daripada peguam.paling rendah pun lepasan askar atau polis.peguam belum lagi dan saya rasa tidak akan pecah.

sudirman haji arshad,
semalam engkau genap 19 tahun.memang aku tidak mengenali kau kerana aku baru sahaja hidup 16 tahun.3 tahun selepas kau meninggalkan kami.
sedih didalam hati tiada siapa yang tahu kerana aku tidak dapat mengenali engkau dengan lebih dekat lagi.aku sungguh rugi.
rugi kerana lagu masa kini sangat lemah dan tiada aura yang tersendiri.
lagu engkau,lagu engkau bukan sahaja aura,malah lirik yang engkau sampaikan juga masuk terus kedalam hati.yaa,siapalah aku untuk menilai engkau.
engkau selepas P.Ramlee.engkau pun tiada penggantinya.

lagu kau yang saya dengar dan kadang-kadang menitiskan airmataku ialah
salam terakhir.
lagu itu seperti kau tahu kau akan pergi meninggalkan kami semua dalam keadaan terpinga-pinga.lagu itu sampai sekarang berkumandang betapa hebatnya lagu kau.
kaulah artis malaysia pertama ke albert hall iaitu pentas bertaraf antarabangsa.bukan senang pada zaman kau untuk tembus ke negara luar.tapi kau berjaya.lagu bahasa kita berjaya ke albert hall.kita berjaya.terima kasih sudirman.kaulah the singing lawyer dan kaulah selamanya the singing lawyer.selamat kau dia atas sana bersama dengan-NYA.

al-fatihah

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.