diari blogger bebas

20110221

MELAYU:

tajuk saya pada hari ini mungkin tidak semegah seperti blog-blog ternama.saya hanya mahu menyedarkan bangsa MELAYU.seperti biasa.saya akan tembak seberapa boleh kerana saya sendiri melayu.jadi marilah kita mulakan.

ya,saya pun melayu..saya melayu kelahiran negara MALAYSIA.saya berbangga menjadi melayu.jadi kerana saya banggalah saya mahu tulis untuk menyedarkan sekelian MELAYU di dunia.

saya sangat benci sebenarnya bila melayu dicaci,dihina macam kita ini tiada maruah.tetapi bila difikirkan kembali,ada benarnya apa orang kata.MELAYU MUDAH LUPA!
ungkapan yang sering kali saya dengar dan kadang-kadang bernanah kekuningan telinga saya dengar.tapi itu bukan omong kosong kerana ini adalah benar.
seperti disekolah tadi,guru saya menyedarkan MELAYU di hadapan pelajar cina dan india,memang malu bila difikirkan,tetapi ada betulnya.kenapa MELAYU tidak dapat menguasai bahasa MELAYU iaitu bahasa ibunda sendiri?mengapa?malahan ada juga pelajar MELAYU gagal dalam Bahasa MELAYU.saya sendiri mengaku saya juga hancur dalam bahasa melayu.saya rasa malu kerana selama ini saya cakap bahasa apa.saya sungguh malu sampai fikiran saya hanya memikirkan markah yang memang minta dibakar.saya mengaku.

MELAYU memang senang sangat kecil hati.asal ditegur sedikit,mesti meradang sangat-sangat.jangan begitulah,orang tegur,kita hanya menerima.baik buruk letak tepi.yang penting kita dengar.ini tidak,baru ditegur.mulalah nak menyekutukan orang atau bahasa moden ANTI.tidak faham saya.bila nak kata BODOH,bangsa sendiri.nak dikata sengal pun bangsa sendiri.jadi muka-muka MELAYU selalu diconteng dengan arang kerana ada sesetengah bangsa MELAYU yang buat perkara ini.saya sangat-sangat kecewa.

sumpah melayu.sila baca semua wahai MELAYU.click digambar itu sekiranya tidak nampak.yang pertama sekali ialah mempertahankan kepentingan dan hak MELAYU.nampak?itu sudah sumpah MELAYU,tetapi kenapa ada MELAYU yang tidak pegang pada sumpah ini?kenapa?kedaulatan raja-raja juga ada yang mencabar.kamu MELAYU tapi mahu menjatuhkan raja-raja.itukah sumpah kalian?adakah kalian MELAYU juga?tidak sekiranya anda mahu menjatuhkan raja-raja.raja-raja adalah pemerintah negara yang patut dihormati.ini tidak,bila mangkat sahaja.dekat facebook adalah yang BODOH mengutuk raja yang sudah mangkat itu.tolong lah!KAU ITU LAHIR DIBAWAH TUANKU,JANGAN NAK KURANG AJAR SANGAT!masa baginda hidup,tidak berani mengutuk.jadi secara konklusinya saya ingin buat ialah MELAYU masih




meLAYU!

sekian,ini hanya teguran untuk kalian

PS:aku berbangga menjadi rakyat Malaysia dan Bangsa MELAYU :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.