diari blogger bebas

20111030

Surat

Aku seorang remaja 16 tahun, hidup tidaklah begitu baik. Tapi aku tahu siapa aku sebenarnya. Nak dijadikan cerita, aku terjumpa satu budak ini, sebaya dengan aku. Dia wanita. Namanya biarlah menjadi rahsia. Tapi aku mahu memberitahu juga namanya, namanya ialah Holly. Ya, nama seperti orang luar negara bukan? Bukan, dia hanya orang sini. Aku bertemu dia di satu tempat. Masa tu malam tahun baru tidak silap.

"Hai, ada orang duduk sebelah you?" tanya aku.

"Hai, duduk lah, tiada siapa di sini." jawabnya dengan tenang.

Aku pun mengambil langkah dengan terus duduk di sebelahnya. Keadaan malam itu seperti biasa, meriah kerana malam pesta remaja. Tapi di tempat kami itu langsung tiada siapa, cuma orang lalu lintas dan mat rempit merempit seperti meminta nyawa mereka untuk ditarik, bongok nyawa hanya sekali. Aku bertanya lagi kepadanya.

"You apasal duduk malam-malam ini? Tunggu kawan ke nak balik rumah?"

"I nak tunggu kawan. Tapi mana entah dia."

"Tak takut tunggu dekat sini sorang-sorang?"

"Tak" jawabnya terus meletakkan titik noktah. Aku terkaku kerana tidak tahu mahu berbual apa lagi. Tiba-tiba dia bersuara,

"You buat apa dekat sini? Tak sambut party?"

"Haha, malas I nak sambut. Buat penat je dengar konsert bagai"

"You tak takut duduk sini?"

"Haha I tanya you,you tanya balik. Haha, tak. I dah biasa lalu sini."

Dia tidak menjawab. Aku ingin bertanya kepadanya siapakah namanya. Mataku menjalar ke badannya ingin mencari "nametag" , tetapi tiada. Aku pun bertanya.

"Nama you siapa?"

"Nama i Holly"

"Oh, nama I Zack"

"Oh hai Zack"

Perbualan terhenti lagi. Mat rempit bersama genitnya masih terus merempit, Aku melihat ingin muntah melihat mereka ulang alik konon merekalah raja jalan raya. Aku pelik adakah ibu bapa mereka ini kisah? Nyawa bila-bila masa sahaja boleh melayang. Selang beberapa minit aku melihat Holly. Dia begitu lawa tetapi agak rempit pakaiannya, Jadi aku kurang enak ingin meminta nombor telefonnya. Dia juga begitu senyap orangnya.Jadi aku melihat lagi gelagat sengal mat mat rempit.

Tengok punya tengok, tiba-tiba ada satu motor mat rempit ini kemalangan dan wanitanya tercampak. Aku begitu terkejut. Seumur hidup aku,inilah kali pertama melihat manusia terbang dihadapan mataku. Bila mangsa itu jatuh, bunyinya seperti kelapa jatuh ke tanah "gedebuk" . Aku terkaku dan terus bergegas ke mangsa wanita itu. Aku sudah lupa tentang Holly.

Bila aku melihat mangsa itu, aku seperti pernah nampak. Pakaiannya juga aku seperti pernah tengok, adakah ini dejavu? Ah tak mungkin, benda itu semua karut.

"Bull shit kalau ini dejavu. Aku tak percaya"

Bila aku tanggalkan helmetnya. Sah aku kenal perempuan ini. Sangat kenal. Mukanya tidak salah lagi. Perempuan ini ialah HOLLY!

Bila aku menoleh ke tempat pertemuan kami, Tiada lagi Holly yang aku berbual tadi. Aku terus terduduk dan memikirkan siapakah yang aku berbual tadi. Adakah itu roh Holly yang sudah tahu ajalnya akan tiba berhampiran situ. Menggigil badan aku memikirkannya.

Sampai sekarang kisah ini bermain di minda aku tanpa kabur sedikit pun. Aku jadi bingung. Hari ini aku tulis cerita ini untuk kalian supaya kalian tahu kehidupan aku.

Dan jika kalian baca ini. Maka aku sudah gantung diriku di bangunan lama. Maafkan aku semua,mak, ayah. Aku tidak dapat hidup dengan fikiran aku seperti ini.

1 comment:

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.