diari blogger bebas

20111105

Perjalanan

Nama aku ialah Zailan Zackaria. Panggil aku Zack. Kisah ini berlaku dua tahun lepas. Aku pada masa itu berumur 16, yaa, masih jahil dan sial pada umur sebegitu. Siapa saja tidak pernah melalui umur sialan itu bukan? Nak dipendekkan cerita, pada satu hari, tidak silap aku masa tu hari isnin. Aku seorang diri berjalan balik dari sekolah lepas latihan bola, maklumlah orang macam aku kawan anggap aku ini anjing. Bila tidak berbual dikata aku sombong atau lupa kawan, bila berbual mereka semua macam nak tak nak layan aku. Kita potong kisah sial itu. Okay semasa aku berjalan melepasi perhentian bas, aku ternampak seorang awek ini, sungguh lawa, seksi, gebu dan pergh remaja kata masa dulu apa, haa bergetah lagi. Jadi aku pun saja jalan depan dia. Bila melintas, dia terus sapa

"Hi awak. Sini sekejap." awek itu memanggil aku. Aku pun terus berhenti dan terus ke tempat awek tu.

"Awak panggil saya ke?" aku bertanya.

"Ya lah, siapa lagi lalu sini. Awak ini pandai bergurau" sambil tersenyum. Aku pun terus berdiri di sebelahnya. Aku bertanya.

"Awak kenapa panggil saya?"

"Saja, saya nak kenal dengan awak. Boleh?"

" HE HE, boleh. Tapi siapalah saya ini." jawab aku tersipu malu.

"Ala, kita bukan nak buat apa pun. Saja nak kenal" sambil tangannya meraba pehaku. Oh aku tiba-tiba ghairah. Aku rasa inilah kali pertama wanita memegangku. Sungguh indah rupanya dunia bila wanita ada di sisi. Aku teringat akan pencipta, jadi aku sedar dan menepisnya.

"Kenapa awak tepis?"

"Saya tak biasa. Dan saya takut akan pencipta atas." jawabku dengan selamba.

"Ah! Biarlah pencipta di atas. Bukan nampak kita pun."

Jawabnya itu buat aku tersentap. Aku tidak mengenalinya dan namanya juga aku tidak tahu, tetapi berani menidakkan tuhan. Sial sungguh perangainya. Hari pun pada waktu itu sudah maghrib. Aku mengajaknya berjalan bersama-sama pulang. Semasa perjalanan itu, aku bertanya kepadanya satu soalan

"Kenapa awak tunggu di situ seorang diri?"

"Sebab kawan tinggalkan saya"

"Eh, awak dengan saya hampir sama. Saya pun ditinggalkan kawan."

"La ye ke? samalah kita kan?"

Perbualan terhenti. Aku melihat jam dan ia menunjukkan pukul 8 malam sudah. Langgar maghrib aku ini. SENGAL! Aku pun berjalan lagi. Tiba-tiba kereta yang lalu menekan hon kepada aku. Aku pelik. Apa kejadahnya nak hon malam-malam. Bukan aku jalan tengah jalan raya pun. Masalahnya semua kenderaan bila memotong aku akan hon. AH SIAL! INGAT KAU SEORANG ADA KENDERAAN?! BAPA AKU PUN ADA! Itu dalam perasaan aku. Aku terus menyambung perbualan aku dengan awek ini.

"Siapa nama?"

" Holly"

"Sedap nama. Nama saya Zack"

"Sedap nama tu. Saya suka"

Ah awek ini sungguh reti meletakkan titik noktah pada perbualan. Atau adakah aku ini bodoh sangat kerana tidak reti berbual? Biar saja lah. Sekali lagi kereta lalu hon aku. Aku endahkan saja. Rumah aku dengan sekolah ada juga jauhnya. Tapi aku berjalan dengan Holly ini,makin lambat aku berjalan. Maklumlah, bersama awek. HAHA sengal. jadi semasa aku berjalan, aku terbau satu benda yang sangat busuk. Aku lihat kiri kanan, tiada apa-apa. Holly pun sama melihat kiri dan kanan. Tiba-tiba kereta lalu dan Hon lama-lama. Dia berhenti seketika. Dia kata

"Jalan tu elok-elok!"

"Haa ye saya! Nanti saya jalan hati-hati. Maaf"

"Kau tak faham eh?! Jalan elok-elok!"

Aku pelik. Jadi aku biarkan saja. selepas aku melepasi kubur. Aku cakap dengan Holly

"Holly, jom kita jalan laju sikit dekat kubur ni. Dah malam lah."

Dia hanya senyap. Aku melihat dia dan tiba-tiba bau busuk semakin kuat. Bila Holly memandang aku, mukanya dari jelita menjadi buruk, rambut panjang dan dia mengilai! Ah sial! Patutlah semua hon masa aku berjalan dengannya. Rupanya selama ini aku berjalan bersama Pontianak!

Aku pengsan di situ serta merta dan pabila aku bangun. Aku tiada lagi di kubur, tetapi di hospital. Bila aku bertanya kepada ibuku adakah wanita nama Holly di perkampungan kami? Ibu menjawab ada. Dia mati kerana dibunuh dengan kejam di belakang perhentian bas kerana diragut. Aku menjadi kaku dan tidak terkata apa-apa. Ini kisah aku yang paling aku tak lupa hingga sekarang. Sampai mati aku tidak akan lupa pengalaman berjalan bersama pontianak. Seram.

7 comments:

  1. Bahasa kebangsaan itu indah umpama embun di pagi hari. Perindahkan lagi bahasa mu. Btw nice job, seriously. Panjangkan lagi cerita, tak puas :p

    ReplyDelete
  2. Cerita betul ke ni? Bahasa best! :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous: tak, ia hanya rekaan. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Perghh ,seram sejuk.taknak tunggu bus stop sorang sorang.nanti ade laki hensem rupanya pontianak.haha
    BEST !

    ReplyDelete
  5. fatihaMedan: thanks :) haha ayok.tidak tahu :p

    ReplyDelete
  6. salam . cuba perbaiki sedikit jalan cerita tuu. bg sy , mcm 'cerita hantu' ni tak berapa nak masuk akal. maklum lah, bukan semua org berpeluang dpt tgk/rse benda-ii mcm ni . sorry , sy pun takdelah pakar sgt dlm bidang pnulisan. btw, keepitup !
    #bahasa kasar patut dikurangkan . =) .
    -gadis kecil .

    ReplyDelete

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.