diari blogger bebas

20111121

Pak rimau

Pak Rimau,
ku tahu kau dicaci,
dibenci dan di hina.

Tapi percayalah bahawa anak-anakmu,
sentiasa berada di belakang kau,
untuk membaham apa sahaja yang menghalang.

Biarlah sang garuda bising,
biarlah sang garuda bongkak di tempat sendiri,
tetapi aku aku bahawa pak rimau menunggu masa,
untuk bertindak di luar kawalan.

Biarlah pak rimau duduk senyap,
melihat gelagat segelintir anak sang garuda,
kau hanya perlu menguap,
melihat mereka.

Sang garuda,
minggu lepas kepakmu dibaham,
kau parah beterbangan.

Sang Garuda,
bisinglah kalian di tempat sendiri,
kerna yang senyap akan mengaum,
dan membaham kepakmu,
supaya rebah tidak berbunyi.

Pak Rimau,
selamanya di belakang kau,
mengaumlah kau malam ini,
kerna aku tahu kau lapar,
dan rebahkan sang garuda.


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.