diari blogger bebas

20120221

Kepercayaan

Salam, aku menulis ingin menyuarakan lagi pendapat aku. Topik harini ialah...

KEPERCAYAAN MEREKA KEKALKAN KEPADA KEPERCAYAAN MEREKA.

Ya, benar. Orang kata Islam memang agama yang benar. Aku tak nafikan. Tapi kita tak ada hak nak mengutuk apa yang kepercayaan lain buat. Kata itu karut, ini karut semua. Kenapa? Sebab mereka memang dilahirkan dengan kepercayaan itu, kita tak boleh nak membetulkan kepercayaan mereka. Macam mereka juga, mungkin mereka kata Islam ini tak betul, kepercayaan kita salah lah, begitu juga mereka, kita tak boleh kata apa- apa tentang kepercayaan mereka.

Pembaca sekalian, Buka OTAK DAN HATI untuk menerima kepercayaan mereka. Tak salah untuk kita pelajari kepercayaan mereka, cuma ada batasnya. Kita mungkin hanya memerhati dan memahami kenapa mereka membuat upacara-upacara tertentu. Kita boleh tahu kenapa dia memuja dewa-dewa ini. Kita tak boleh terus menembak kata ini semua karut.

ITU KEPERCAYAAN MEREKA! MEREKA ADA HAK UNTUK MEMPERCAYAI KEPERCAYAAN MEREKA!

Kita tak ada hak untuk mengatakan apa-apa tentang kepercayaan mereka.

Lagi satu, bangsa kita... Bangsa melayu suka sangat racist ni. Itu tak boleh la ini tak boleh lah kata mereka ini apa lah! WEH! SINI AKU BAGI KAU BUKA OTAK KAU YANG DAH LAMA TERCEMAR DENGAN TAIK TAIK PENJAJAH MINDA! Malaysia ini pelbagai kaum, jadi semua kaum bebas untuk beragama apa sahaja kecuali ISLAM la, haram kau nak tukar agama, aku tumbuk muka kau. Tapi Malaysia ni bukan khas untuk bangsa melayu je, tak perlu kau nak benci kaum lain. Malaysian are unique because of its various race and ritual.

Konklusi kepada luahan aku ni,

Kau tak boleh mengatakan sesuatu kepercayaan itu sebagai "bullshit" atau karut, sebab kepercayaan itu mereka sudah pelajari turun temurun. terima kepercayaan mereka seadanya.

Harap luahan hati aku ini dapat buka otak kalian yang terperap dan dapat hindarkan semua ini dalam diri kalian.

Terima kasih

YANG BENAR,
Mohamad Amir Ariff Bin Abdul Shukur
(Blogger Bebas)

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.