diari blogger bebas

20120220

sudah tiba masanya

Salam pembaca, rasanya sudah tiba masanya aku ingin mengeluarkan apa yang terpendam dalam diri ini. Ye, sangat lama aku pendam sampai aku fikir kenapa aku kena pendam benda yang patut aku bagi pendapat?

Sudah tiba masanya kalian dengar dan BUKA OTAK DAN HATI untuk dengar pendapat orang seperti aku. Maksud "Seperti Aku" itu ialah pendapat yang kadang-kadang melanggar dinding penapisan otak kalian.

1) Berhijab tetapi bergossip nombor 1, Berkopiah mengutuk nombor 1:

Ye, mungkin antara kalian akan sensitif dengan isu ini dan mungkin juga kalian anggap biasa. Okay, aku rasa tak guna kalau berhijab tapi mulut pot pet bergossip tentang orang. Ye aku tahu jawapan kalian ialah "Wanita normal la bergossip ni". ye, tapi bila orang yang "tidak bersedia berhijab" memberitahu tentang agama, orang yang berhijab ni akan kata yang dorang ni apalah berdakwah tapi tak memakai tudung. Ye memang benar. Tapi cuba tengok dari perspektif yang lain, Orang berhijab pun sama je dengan yang tak bertudung, dok gossip sana sini. Tapi salahkan orang yang tak berhijab ni. Tidakkah gossip juga sama je.

Berkopiah tapi mengutuk nombor 1, ini sudah tentu untuk kaum lelaki. Ada diantara kawan aku sendiri, berkopiah tapi mengutuk nombor 1. Ada yang pangkat pak imam tapi mengutuk nombor 1. Apa yang sebenarnya berlaku? Mohon jelaskan. Aku kadang kadang sedih dengar pak imam dok mengutuk anak orang la bagai, tapi menjadi ketua surau. Apa ni? Kata mahu memberi contoh yang baik. Dari pandangan aku, baik tak perlu jadi imam kalau mulut suka mengutuk. Kau dapat pahala, kau dapat dosa. kira 50-50. tapi kalau mengutuk lebih banyak, tidakkah menjadi 40-60 ?

2) Belajar di mesir, tapi mulut mengaibkan orang, mengutuk orang:

Ni bedasarkan pengalaman aku sendiri. Seorang bekas Ustazah sekolah aku. Pelik aku lihat dia ni. Pergi umrah berkali-kali. Tapi bila kat sekolah, suka mengaibkan pelajar. Apa yang dia belajar di mesir sebenarnya? Belajar cara mengaibkan orang ke? Tidakkah mesir terkenal dengan lepasan ustaz dan ustazah yang berkaliber. Aku bukan nak kata semua ustaz macam ni or ustazah macam ni. Tapi dia ni haa buat aku was-was dengan ustazah yang keluar dari Universiti itu. Aku kecewa sebab sebagai seorang ustazah perlu membimbing pelajar dan bukannya mengaibkan pelajar. Kalau kau mengaibkan seseorang, orang tu dah malu, tidakkah kau dapat dosa dan adakah orang tu akan ke jalan yang benar? mesti orang akan anggap serong bukan?

3) Tak perlu jadi Ustaz atau Ustazah wannabe dengan senang meletakkah hukum:

Ini kepada semua pengguna laman sosial. Aku suka kalian menulis hadis atau makna al-Quran. Tapi aku tak gemar kalau kalian ini meletakkan senang-senang hukum halal haram. Cakap ini Haram, Pernah sekali aku timbulkan soalan "Coke tak boleh minum sebab ada alcohol, kalau gitu perfume pun tak boleh pakai la" dan jawapan yang diberikan "Coke masuk ke dalam badan kita, perfume tidak" Ye memang benar, tapi kalau dah alcohol kena kulit pun tak boleh kan. Jadi isu ini aku rasa tidak perlu dibesarkan. Ada Otak berfikir, Ada hati rasa.

Sekarang baca dengan perspektif yang berbeza dan buka minda korang luas-luas agar korang boleh terima dan faham apa yang aku nak sampaikan di sini. BUKA OTAK DAN HATI untuk terima pendapat orang seperti aku. Buka otak untuk terima pendapat orang yang "mata pelajaran Pendidikan Islam tak pernah dapat A" . Buka besar-besar otak kalian yang dah tersepit dan pecahkan dinding penapisan. Terimalah orang macam aku kat dunia ni.

YANG BENAR,
Mohamad Amir Ariff Bin Abdul Shukur
(Blogger Bebas/seorang yang sering pendapatnya ditolak di mata masyarakat)

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.