diari blogger bebas

20120218

Masalah Yang Menyedihkan

Salam, sudah lama aku tidak menulis bukan? Bukan kerana malas atau tiada minat terhadap blog ini lagi, tetapi waktu yang tiada untuk blog ini. Aku memang sangat rindukan blog ini. Tapi aku tahu kalian tidak rindukannya bukan? Okay harini aku takkan menulis puisi/sajak/cerpen . Harini aku nak menyuarakan pendapat aku yang mungkin akan timbulkan kemarahan sesetengah pihak. Tapi aku dah tak tahan lagi.

Sekarang diperhangatkan mengatakan bahawa ada sesetengah bahasa ingin tidak dibenarkan muslim cakap.

1)God
2)RIP
3)GOODBYE

aku hanya ambil 3 contoh sahaja. okay, yang pertama. GOD. Katanya haram bagi orang Islam untuk menyebut GOD. Tapi cuba menggunakan otak, GOD ialah tuhan. Apasal boleh menjadi haram untuk disebut? di dalam terjemahan Al-Quran bahasa inggeris pun ada ayat GOD tu. Jadi terjemahan itu salah lah? Sabar, aku tahu apa jawapan kalian, sebab ia Al-Quran. memang benar, tapi bagi aku GOD tidak haram di sebut. kerana GOD ialah tuhan. dan Allah ialah tuhan aku. "Tiada tuhan Melainkan Allah" . Nampak? dalam bahasa inggeris "Theres no GOD other than Allah" Isu ini diperkatakan oleh "Ustaz" dan "Ustazah" Wannabe. yang umurnya sebaya dengan aku dan ada yang bawah aku.

yang kedua ialah RIP atau bahasa penuhnya Rest In Peace. Katanya kita tak boleh cakap kat orang kristian RIP sebab kristian sah sah tak masuk syurga. Memang benar, tapi RIP adalah ayat untuk menenangkan keluarga si mati. Cara kita menghormati keluarga si mati. Kalian nak datang rumah kawan kalian yang kematian keluarga cakap "Dia tak akan aman kat atas. dia Kristian" . Ada? Tak mati kau kena kerjakan, takpun kau di admit kan ke hospital berdekatan. Itu satu ayat penghormatan. Macam mana Agama lain nak hormat agama kita kalau kita macam ni wahai ustaz dan ustazah wannabe.

Yang ketiga, goodbye.... Aku dah malas nak ulas panjang. Katanya juga ni pun tak boleh. Aku tak tahu lah apa yang boleh. Kan senang cakap bahasa inggeris terus Haram nak digunakan. Kalian kan senang nak mengHARAMkan sesuatu.

Apa yang aku cakap ni harap dapat membuka minda kalian. Jangan senang nak melabelkan sesuatu terus haram. selidik dulu betul-betul. Aku sebagai manusia beragama Islam kecewa dengan segelintir orang seperti ini yang menjatuhkan maruah Islam. TOLONG JANGAN SENANG MELABELKAN SESUATU BENDA!

Dan yang terakhir sekali,

AKU AKAN PERCAYA KALAU ADA AHLI ULAMA' YANG MENGELUARKAN FATWA. ITU AKU TAK AKAN BANTAH ATAU MENYUARAKAN PENDAPAT.

3 comments:

  1. Amir, kalau ahli ulama' yang cakap pun, belum tentu benda itu benar. Inilah muslim kita sekarang, mereka lebih percayakan anasir internet dari al-quran mereka. Sedih, tapi inilah kenyataan, tak bermakna jika seorang ulama' itu berkata, maka ianya akan jadi benar dengan serta merta. Tidak, akan berlaku ketidak-samaan pendapat dan kita yang akan memilih mana satu dari mereka benar. Ulama' yang tinggi macam mana pun, mereka manusia, tetap membuat dosa dan silap. Jadi nak membuktikan mereka sentiasa betul adalah tidak valid. Kecuali apa mereka katakan berada di dalam Al-Quran itu sendiri. So jawapannya? Buatlah kaji selidik dengan Al-quran itu. Cari kebenaran. Jangan mudah hanyut dengan anasir anasir internet. Mereka cuma menyesatkan.

    ReplyDelete
  2. morning dawn : haha kyo, aku ingat perempuan yg comment. LOL. betul tu. aku susah nak percaya selagi ahli ulama' tak keluarkan fatwa.

    ReplyDelete
  3. Assalamualiakum sahabat .

    Mungkin kalau kita tahu bait penuh ucapan “Rest in Peace” atau RIP, kita tidak akan berani mengucapkannya lagi. Ucapan RIP ini merupakan do’a Kristian Katolik kepada pengikutnya yang telah menemui ajal berbunyi “May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace” atau ucapan asal didalam Latin "Anima eius et animae omnium fidelium defunctorum per Dei misericordiam requiescant in pace". Ucapan ini memohon kepada Tuhan agar roh simati dirahmati Tuhan.

    Persoalannya, apakah hukum umat Islam mengucapkan takziah kepada keluarga si-mati yang bukan Islam? Agama Islam membenarkan ucapan takziah kepada keluarga orang bukan Islam yang telah menemui ajal. Kita bolehlah memberi ucapan seperti “kami bersimpati dengan apa yang anda hadapi”, “Kami turut bersedih diatas kehilangan beliau”, dan sebagainya. Atau didalam bahasa Inggerisnya seperti : “May Allah compensate you in your loss” , “Sorry to hear this tragic news, my sympathies are with deceased’s family on this sorrowful moment”, dsb.

    Apa yang dilarang adalah memohon Allah merahmati roh si-mati sepertimana ucapan Rest In Peace. Kita dilarang memohon agar Allah mengampuni si-mati yang bukan Islam. Firman Allah swt :

    مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
    “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.” [surah al-Taubah : 113].

    Kesimpulannya, Umat Islam dibenarkan menyampaikan takziah kepada keluarga si-mati yang bukan beragama Islam, dan takziah itu bukanlah do’a yang berbentuk memberi rahmat atau pengampunan, seperti RIP. Kita dibenarkan mengucapkan simpati kepada keluarga si-mati. WA.

    Sekian, wassalam

    Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Rest_in_peace

    ReplyDelete

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.