diari blogger bebas

20120326

Buka

Aku dibilik mendengar lagu yang sangat aku gemari. Tapi aku tahu bukan aku saja meminati lagu ini. Lagu yang aku dengar adalah "someone like you" . Ye, aku sedang mendengar, melayan jiwa aku sehingga aku terasa sunyi yang teramat. Aku bagaikan tiada apa-apa kecuali keluarga,tuhan dan agama aku. Kawan-kawan aku bagaikan tidak pernah wujud di dunia aku, aku menyendiri dengan dunia aku. Aku merintih pedih melihat semua pasangan sedang bergembira manakala aku di bilik sedang mendengar lagu yang memang nak dikatakan sangat sesuai untuk aku. Bukan pedih kerana aku tiada pasangan, tetapi pedih kerana perlu membantu kawan untuk menyelesaikan hubungan mereka. Dikira aku ini orang ke tiga.

Tapi baru baru ini hidup aku berubah, dunia aku penuh dengan warna. Seperti berada di taman tema. Pelik tapi itulah yang aku rasa. Kegembiraan aku tidak terkata. Tidak tahu sama ada aku di over dos dadah atau sebaliknya. Atau mungkin kerana seseorang yang aku suka? Ah tidak mungkin. Tapi semenjak kedatangannya, aku rasakan sesuatu. Seperti terbang di awangan bersama pari-pari cinta dan mereka berkata kepada aku:

" Cukuplah mir berangan, kau takkan dapat dia. Serious kami cakap"

Ah kesialan melanda masa itu, bayangan aku mengelamun jauh, maka kegembiraan itu musnah begitu sahaja dek kerana si pari-pari yang minta di cucuk bertubi tubi kalau berjumpa lagi sekali. Ye aku tahu aku bertepuk sebelah tangan, dan aku tahu kau bukan wanita yang sangat senang di dampingi. Kau ada level kau, manakala aku.... Hanyalah level bawahan. Ah sudah amir sudah, cukup dengan persengketaan imaginasi kau. Mereka tidak perlu membaca masalah dunia imaginasi kau yang paling besar. Bagi mereka kau punya masalah hanyalah anjing yang senang meneran untuk mengeluarkan taiknya.

Buka,
Buka lah mata kau,
agar aku dapat membuka mulutku,
yang sudah lama terkunci,
terkaku,terkelu.

Buka,
Jika kau buka,
tiada apa yang akan aku simpankan di dalam hati ini,
kerna semuanya sudah terbuka luas.

Tutup,
Tutup pintu imaginasi kau amir,
kerna imaginasi kau tidak akan pernah terbuka untuk orang lain,
yang lebih sesuai untuk orang yang lebih baik,
cerdik dan juga genius.

Tutup,
Amir tutuplah segala kesedihan kau,
dan bukalah buku baru,
yang penuh dengan hidup kau.


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.