diari blogger bebas

20120313

Gila Kuasa

Jawatan,

Definasi jawatan ialah,

Sebuah pangkat atau darjat.

Jawatan,

Kerana jawatan,

Hidup porak peranda,

Mengejar publisiti murahan,

Yang akan memusnahkan harga manusia.

Jawatan,

Mengakibatkan mata bulat-bulat membentuk sejumlah wang,

Yang akan membuatkan kemaruk dan tamak haloba.

Jawatan,

Pemusnah segala harga manusia.


Salam pembaca, di atas adalah sajak dari diri aku sendiri. baca dan fahami apa yang akan aku ketengahkan dalam topik kali ini.


GILA KUASA


Aku rasa hari ini sudah tiba masanya untuk aku mewakili pelajar-pelajar sekolah malaysia untuk menyuarakan sedikit pendapat kami yang kami lama tahan kerana takut akan di ugut buang sekolah atau apa. Tetapi kali ini aku harapkan guru-guru menerima suara-suara remaja. Aku mewakili semua pelajar di malaysia. Wahai semua guru, dengarlah rintihan kami. Sebelum itu, maaf sekiranya salah silap berlaku.


Salam, aku rasa kecewa dengan guru yang gila kuasa. ye gila sangat kuasa yang dipegangnya. Aku kadang-kadang sedih melihat pelajar menjadi mangsa marah guru ini. Maksud aku yang salah tu pergi lantak lah kena marah ke apa, siapa suruh buat nakal dekat sekolah. Tapi aku kasihan dengan pelajar yang tak bersalah terutama pelajar tingkatan 1 dan 2. contoh, pelajar mahu ke tandas dua orang, janganlah di marah dahulu. tanya mahu kemana? kenapa dua orang? INI TAK, BUDAK TU LALU, AWAK DAH MARAH BUDAK TU KENAPA KELUAR KELAS DUA ORANG. MANA TAHU BUDAK TU TAKUT, PETANG KOT. tolonglah jangan terlalu taksub dengan jawatan awak. Kami pelajar hormat guru, tapi kalau ini cara guru yang berjawatan tinggi melayan pelajar, macam mana kami nak ada semangat belajar.


Penyelia petang janganlah meninggi suara dekat pelajar form 1 dan 2 kalau mereka tidak bersalah. Ini tidak, nampak pelajar tu macam mencurigakan sikit, mulalah melibas rotan di kaki lima konon hendak memberi amaran. tolonglah guru, jangan buat macam ini. Terutama kepada tingkatan 1, kasihan mereka. mereka masih baru di alam sekolah menengah. mereka masih tidak reti berdikari.


Kalau guru yang suka marah pula, bagaimana pelajar nak rajin datang sekolah kalau datang lambat pun kena tahan. bukan datang lambat sebab lambat datang, tapi van lambat sampai ke sekolah. boleh nak menahan mereka, tapi lihat dengan mata terbuka dan "open minded" pelajar itu menaiki apa. sekiranya van atau bas, berilah mereka amaran dahulu. jangan terus menahan. Kalau takut amaran tak jalan, pergi tulis nama. Bagi saya itu boleh menggalakkan pelajar suka datang ke sekolah.


Dan yang ini terjadi kepada diri saya sendiri. Pada hari sukan, ye saya tahu ke sekolah tidak boleh memakai seluar pendek. tapi masa itu saya ada acara larian. takkan lelaki nak pakai seluar panjang. memang tak kemana lah lari kan. Jadi saya pun pakailah seluar pendek. dan waktu balik tu. SELUAR PANJANG SAYA HILANG. LAHABAU MANA AMBIL PUN SAYA TAK TAHU. so saya balik, dan penyelia petang lalu sebelah saya menaiki keretanya, saya melihat dia. dan nak tahu apa yang dia beri? muka bengis, jeling kaki saya. Tolong sesangat janganlah jeling bengis. saya pakai seluar pendek sebab saya tak ada seluar panjang untuk dipakai kerana hilang. tolong.


Konklusinya:


Jangan terlalu gila kuasa. Pelajar memang hormat guru. tapi kalau guru sendiri gunakan kuasa yang melampau. bagaimana pelajar nak hormat guru? bagaimana? Kami memang hormat guru. Tapi tolong jangan layan kami macam kami ni memang banyak buat salah. Dan saya bagitahu, jangan ingat pelajar diam pelajar tak boleh buat apa-apa. Mereka darah muda. saya tak mahu apa apa yang tidak diingini berlaku kepada guru.


TIADA GURU, TIADALAH KAMI DI MASA HADAPAN UNTUK MENERAJUI SESEBUAH NEGARA


Mohamad Amir Ariff Bin Abdul Shukur

(Wakil Pelajar dan blogger bebas)


PS: harap semua guru jangan marah saya kerana saya mahukan yang terbaik untuk guru dihormati. tolong terima post saya ini dengan hati yang terbuka dan jangan dilakukan apa apa.


8 comments:

  1. This is nice ! Sokong sokong

    ReplyDelete
  2. segelintir cikgu ada bertindak melulu tanpa siasat -_- oh geramnyaa.

    ReplyDelete
  3. sya pernah kena sepak dengan cikgu saya coz dia cakap kitorang tak hormat dia..padahal kitorang cume menyuarakan pendapat..

    ReplyDelete
  4. izwanizzat : thanks :D

    syaza lee yanna : thanks :D

    this is my life : biasalah tu bila kuasa menguasai diri dan otak.

    TeaHoney: kesian kesian. takpe. biasalah tu.

    ReplyDelete
  5. Kadangkala disebabkan kebebasa bersuaralah seseorang itu mula besar kepala. Awak bercakap sebagai seorang pelajar dan kononnya mewakili semua pelajar sekolah awak ? Awak pernah tanya kenapa cikgu buat macam itu ? Saya rasa pemikiran kamu terlalu cetek untuk bercerita mengenai sesuatu isu. Berdasarkan penulisan kamu ini ianya hanya menjurus kepada satu pihak dan ianya berat sebelah dan tidak adil bagi guru tersebut. Berhati hati bila berkata kerana lidah itu lebih tajam daripada pedang yang terhunus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf , awak masih tidak mengerti apa yang cuba diketengahkan di sini . Kami sebagai pelajar amat mengharapkan keselesaan dan keselamatan sepanjang berada disekolah . Dan dalam post ini tertulisnya "SEMUA GURU" tidak melibatkan satu pihak sahaja . sememangnya tiada manusia yang bersifat sempurna . tapi adakah awak faham akan situasi kami ? saya tidak rasa begitu . Maaf sekali lagi :)

      Delete
    2. Relakslah cikgu,toksah hingak sangatlah benda-benda kecik camni,saya nasihatkan cikgu supaya ambil yg jernih,buang yg keruh...cikgu yg dah 30 tahun bergelumang dgn arena pendidikan pun open untuk terima suara orang muda,takkan cikgu tak boleh?

      Delete

terima kasih atas pujian atau makian bagi yang benci blog saya.